Thursday, March 31

Summimasen, Obasan.

camnih laa ala2 auntie2 jepun tuh! Obasan!! HEHE..credit to google 


Sumimasen….
Oh yea TODAY aku pergi damansara. Buat apa? Hmm yea actually pergi sri pentas tadi. cause amik salinan video episode10 360 untuk preview final project isnin nih!! huh. Then after tu singgah laa ke IKEA!!! HAHA. Beli KARIPAP IKEA yang sedap tu laaa!!! Terhengen!!! :P After dah makan n amik video aku n my friend teros ke mid valley cause nak tgk photo exhibition!! mencuci mataaaa :) HAHA. 
Oh yea. Time naik KTM dari Kl sentral tuh pergh bapak laa ramai manusiaaa.. confius aku. yea laa weekdays pun ramai manusiakah!!! Then aku malasla nak main tolak2 nih..hari ni aku sopan!HAHA. kawan aku pun confius. yeala selalunya aku yang akan ghairah nak masuk ktm awal2 cause nak berebut seat!! tapi aku rasa hari nih aku nak jadi manusia yang sopannnn!! HAHA so, aku bagi la mereka2 nih masuk dulu. Time nak masuk tuh adalah sekumpulan AUNTIE2 JEPUN nih berdiri kat depan pintu ktm.. Haish camna nak masuk nih. mereka x nak masuk dalam la pulak and pandang semacam kat aku and kawan2 aku. tak kisahlah cause aku paham auntie2 jepun nih maybe rasa x secure so thats why laa dia pandang semacam and x nak bg kami masuk. Hah then aku nih dengan rasa tak segan dan tak malu..terus cakap "Sumimasen..sumimasen minna san" HAHAHA. Kawan2 aku gelak2 cause tengok perangai aku!! orang2 kat dalam ktm tu pun gelak.tak kisahla. Tapi xsia2 aku wat camtuh.cause auntie2 jepun nih terus tergelakk dan bagi kami masuk. Yeah, aku rasa mereka nih Happy cause ada jugak malaysian yang bole speak japan! HAHA. then sorang auntie jepun sebelah aku nih senyum kat aku…aku pun senyum la juga and  aku sembangla kat dia nih.
me: konichiwa.
auntie: konichiwa. student?
me: Hait, doko e ikimasu ka
autie: haahh…mid valley.anata
me: mid valley. 
auntie:nihongo no benkyou.
me: hait. 
tak lama aku sembang ngan dia. cause suddenly ada suara "STATION MID VALLEY"  hoho dah sampai laaa!! Oh yeah before kami masuk shopping mall tu auntie2 jepun nih say arigato gozaimasu and sayonara kat aku. HAHA. Actually mereka2 nih bercuti kat malaysia and dok kat garden hoteru. first2 auntie2 jepun ni nampak je tak friendly tapi bila mereka dengar nihongo language teross FRIENDLY habes!! tak habis2  gelak and angguk2 kat aku. comel giler aku tgk. Kawan2 aku pulak semua tak habes2 bahan aku time tuh! HAHA... my friend cakap bangga jugalah ada kawan sengal cam aku yang x tahu malu nak speak jepun ngan autie2 jepun tuh! Even aku takdelah FLUENT!!! HOHO. Tapi nasiblah auntie2 jepun tuh cakap benda2 simple.. If dia cakap words yang aku x belajaq lagi! MAMPUS!!!HAHA.. Actually, aku nih jenis tak malu cause aku kan still in learning process..! HAHA.
Blogging off!!! APRIL ALREADY!!!!!! SAYONARA OBASAN. :P

Sunday, March 27

DARKNESS

Earth Hour Day :)


Earth Hour Day!! 
Semalam, Disebabkan aku tak jadi pergi Dinner Broadcasting kat Melaka. Actually banyak sebab x dapat pergi dinner tu. Yea, ada classmate ku ckp, jom pergi cause ni dah last la weyh! sem depan dah PRAKTIKAL.. Hmm tapi, dah Tuhan x mengizinkan. aku pun tak pergi. Its okeh. Maybe after assignment n final exam dah settle our class bole wat POTLUCK!!!  26.Mac.2011 tarikh ini merupaka HARI BUMI.. Mostly people celebrate earth hour nih dgn memadam elektrik selama sejam!!! aku and my friend celebrate kat rumah sahaja, Kami order DOMINOS!!! Then masak macoroni..Hehehe.  Me masak??? HAHAHA.Not me!!! Actually, memang ada niat nak BELAJAR masak! Yea, memangla LOSER perempuan tak reti masak. HUHU. Dah la, oh yeah before nih aku kononnya nak ignore segala facebook n blog nih. BUT, tak boleh la!!! Facebook rindu kat aku!!! HAHA. Hmm tapi my friend kata, no need la nak ignore.. semua depends dr ourself je.. BETUL jugak! Online je facebook tu, tapi janganla 24jam kan!!!!  Okey la. Blogging OFF.

Yeah Nak settlekan Assignment aku! :( ACTUALLY, Rindu la dengan my friend nih! dia dah lama x ONLINE! Padahal baru 2days!  :P 

Wednesday, March 23

Sayonara Mr.Enjoy&Mr.facebook!


 Seriously, I’m STRESS.
Pagi tadi sampai je fakulti tak sempat nak minum air kat café suddenly supervisor academic writing aku cakap,

Lecturer: hah wanah, ang submit report academic writing next week boleh nah.
Me: HAH!!! Tapi saya x edar questionnaire lg and tak buat spss lagi prof.
Lecturer: 10hari dari sekarang la. Boleh yea. senang je buat finding research tu.
Me: erkkkk…BAIKLAAAAA

DAMN terus hilang selera makan. Assignment ni kacau stim betol! Baru je aku nak feeling dengan breakfast aku! HUHU. Aku just ada 3weeks je lagi before final exam TAPI assignment berlambak lambak lagi. Yea, kami ni student broadcasting memang assignment yang praktikal sangatlah banyak. TAPI final exam aku just ada dua paper je!! So, maksudnya bersusah-susah dahulu then bersenang-senang kemudian.HAHA.
Now, aku sangat rindu MR.Enjoy!!!  tapi MR. Assignment ni saja nak dating ngan aku. Terpaksa aku layan dia. Kalau tak layan nanti FAIL!!! Choiiii… Tak nak aku! Aku nak pegi praktikal la sem depan. Tak nak aku repeat2 subject nih! Penat mak nak study same subject ni. :P So, untuk 3weeks I have to say good bye and sayonara to MR. Enjoy, Mr.facebook, ….TUMBLR? maybe aku tak ignore dia. Coz dia tak ganggu aku sangat. I need him. Cause bila stress aku kena cuci mata aku tengok pictures kat MR.Tumblr.  Wish me luck. LET'S dating MR.ASSIGNMENT!!!

nota kaki: 
  • after assignment settle, yes akan menggila!! banyak planning :D
  • I'm gonna miss u Mr.Enjoy & Mr.facebook :(




Monday, March 21

sambil menyelam minum air.

Ohmaigod.  
terhengen ada potrait pic sendiri camnih! 
 Tadi seorang kawan aku nih send la msg kat facebook aku. Aku dapat rasa dari tajuk message dia yang dia ni  sangatlah excited dan bersungguh2 ajak aku bukan INVITED CHICKEN oke!  coz headline message dia “Weyh 300 je lesen scuba!!!! Jom menyelam”. Mata aku memang terbeliak juga lah cam tengok MEGA SALE!!!! Laju je buka message dia kannn.  Seriously, dari dulu aku memang nak buat lesen scuba diving! Tapi tu ar mahal sangat!!!!! Tak mampu aku. Pernah juga minta ngan mak aku tapi penat je aku dok membebel..Last2 dia cakap lesen scuba tu bole guna ke untuk kereta.. Baik ko ambil lessen kereta. Takdela membazir duit seribu kan. HAMPEH betol. 
Actually aku still tak give up even mak aku cakap camtuh. Coz after SPM tu aku pun apply la course sains marin. Coz boleh dapat lesen scuba FREE oke! Hahaha. Tapi disebabkan biologi aku B3!! Then time tuh ramai la pulak student2 dapat A1 subjek biologi.. so, aku pun tak dapat course tuh! DAMNNN.. Hah aku dapat civil engineering!! Tapi aku tak pergi pun cause aku xminat laaa.. biarlah my future husband  yg engineer! If  dua-dua pun engineer bosanlaa.. time dating2 citer pasal bangunan la..highway la!! Hahaha.Last2 aku amik course broadcasting!! Yea aku tahu agak menyimpang dan murtad disitu. Aku sains stream tapi amik broadcasting! Kalau sekarang jumpa cikgu2 time sekolah, mereka akan terkejot! Haha.. 
BErangan!! Sorry.  
Oh ya, sambung balik melencong la pulak!  sampai sekarang nih aku x penah give up nak lesen scuba tu. Time diploma aku x dapat scuba, SNORKELING pun boleh! Sangat teruja masuk dalam lauttt.. SubahanALLAH! Indah dan sangatlah cantik ciptaan tuhan nih! Sangatlah indah ciptaan TUHAN tu sampai aku rasa x nak naik. Tapi if x naik memang habis lah duit aku kena pay! Hah, nak dijadikan citer aku rasa doa aku termakbul coz kali nih aku nak juga amik lesen scuba tuh!!! Pasnih kalau bosan2 pegi laut la diving! Tapi memang hitam ala2 AFrika ar! Sorry la kawan2 pasnih x layan la lepak shopping mall. Now, aku rasa cepat lah habis semester ni. Damn it laa...Asal la aku kat Shah alam skng nih! if kat sabah weekend dah bole amik lesen! it's okey. sabar itu separuh daripada iman :D

p/s thanx to my friend coz bagi info pasal lesen tuh! rasa cam hadiah hari jadi ;p

Tuesday, March 15

Oh Assignment. Saya suka kamu!

hello.
semakin malas nak menconteng disini.huhu.agak bengang jugala coz blog sebelum dia aku x boleh buka coz TERLUPA password! :( 

ohyea. now aku rasa semakin BREATHLESS! masa semakin suntuk lor. Dateline assignment mengejar..semakin hari semakin hampirr! tinggal sebulan je lagi. Then insyaALLAH tamat la riwayat aku di UiTM Shah Alam as broadcasting student! GRADUATE dah?? aishh BELOM lagii laa!! cause, sem depan aku ada praktikal or internship!! Aku intern kat mana? Hmm nnti la aku merepek pasal tu. 

As reminder or warning utk aku!!! Assignment yang bakal2 disettlekann.

  •  TV Directing - Report,Preview video
  • Intercultural - Report & Presentation
  • Comm Planning - Report & Presentation
  • Comparative broadcasting - Report & Presentation
  • Nihongo - Oral test, listening test2, Drama.
  • Electronic broadcasting management - report & presentation
  • Academic writing - Questionnaire, finding
So demikian la keje2 yang bakal disettlekan dlm masa sebulan!!!!! Pergh mmg xda enjoy la.. Akan menjadi OWL selama sebulann.. :( After dah settle Assignment bagai nihhh... Ada FINAL TEST & FINAL EXAM pulak!
Finally, Aku tak sabar nak pegi bercuti ke JAKARTA & BANDUNG!!!!!! weeeeeeeeee