Tuesday, April 26

16days to go


Lama dah aku tak menconteng... sangat busy..busy.. busy dengan watching movie!!! HAHAHA. Hmm aku just nak bagitau yang aku rindu kat my MOM!!! mesti my mom pun rindu dengan aku..off course la rindu dengan anak dia yang baik nih!  HAHAHA..Lama dah tak jumpa dia..  Last aku jumpa awal bulan mac arituh..cause dia n kakak aku datang saja2 lawat aku! padahal kakak aku nak jumpa boyfriend dia kan kan.. tu la LDR... Susah nak jumpa! kena naik flight.. padahal dlm malaysia jeeee.. Hmm ada lagi 16days to go.. Baru aku jumpa my mom. Sabar..Sabar wahai wanna! before aku jumpa dgn my mom nih aku kena menghadap dulu dua paper final exam!!! taklimat internship!! Adoiiii... 

Blogging off. nak study nih! :D oh yeahhh.. MU layak masuk final!! wah excited nak tgk next match :D

Thursday, April 21

movie marathon.


RED RIDING HOOD
DILARANG MASUK
visual yang menarik.

LIMITLESS

Disebabkan kebosanan yang melampau... aku telah spend kan masa aku dengan menonton wayang secara marathon!!! Agak sengall jugalahhh. Yeaaa aku lepaskan giannn, before nih dah lama tak tengok wayang.Okey, first aku tengok movie Red Riding hood, DiLarang Masuk, dan Limitless. Aku malas nak mengulas sangat cerita2 yang aku tengok tuh... Hmmmm RED RIDING HOOD, korang mesti tertanya-tanya dengan siapa kan SERIGALA JADIAN ituu since dari awal hingga la akhir... memang agak stress jugalaaa aku dengan cerita nih!!! nampak sangat aku nih bukan penyabar!!! cause awal2 lagi aku nak tau siapakahhh serigala jadian itu.. banyak sangat andaian yang aku buat. Namun, aku nih bukan laa hebat nak menekaaa cause tekaan aku semuanya tak mengena!!SALAH!!!HAHAHA. unexpected betol laaaa... BUT, seronok tengok red riding hood nih cause aku asyik main teka2 jee ! kawan aku yang tension!HAHAHA. Then, DILARANG MASUK pulakkk.... actually aku kurang berkenan dengan ending film nih... storyline boleh laaaa...tapi tidak wow sangat bagi aku. Tapi daya tarikan yang buat aku nak tengok filem nih cause production nih menggunakan DSLR CANON 5DMARKII...  yeaa, aku tengok tone colour dan visual memang agak menarik. Aku tak pandang sangat storylinenya. Selepas nih mungkin lebey ramai lagi production akan menggunakan DSLR camera kan kan kan.. HEHE. Then last film adalah LIMITLESS. Film nih agak menyuruh aku untuk berfikir. Actually storyline film nih agak menarik cause membuat aku rasa berangan2 dan merasakan drug itu hebattt. HAHAHA. Bukan aku nak ambil drug tuuu.. tapi drug dalam film tu agak menarik cause selalunya drug wat kita khayal kan..tapi drug dalam film nih membuatkan kitaaa lebey focus dan briliant!!! seseorang itu yang dari selekeh, biasa2 sahaja, job pun tak tetap.. tapi drug tu telah mengubah segala2nyaa...segalaaa perbuatan yang dibuat setelah mengambil drug tu tiada limit... itulah tajuk film itu LIMITLESS... nak cerita agak panjang jugalaaa..so pergila mana2 cinema yang berdekatan dengan anda dan sila la tengok sendiri yeee. Tapi seriously, LIMITLESS adalah terbaek daripada dua film yang aku tengok...  Oh yeah, nak kutuk sikitt nih! jahatnya aku nih..hahaha.takdelah tadi adalah sekumpulan sekawan nih dok membebel2 "eiiii tak logiknya cerita tuhhhh.." pastuhhh bising2 apa ntah! annoying oke... hmmm aku bukan nak cakap apalah.. ko nak logik buat apa, nih film oke!!! film ni bermain dengan fantasi dan suruh kita berimaginasi... film nih manade betol2 logik.. haih, tak paham aku! HAHAHA. kalau dah nak logik and reality sajo xpayahla hangpa suma tengok filemmm. hehe. Dah..dah.. apa2 pun aku sangat enjoy dan telah menghabeskan RM21 utk menonton wayang! i'm lucky laaaa cause ada student card!!! that's why laaa RM21 jeeee!! :D yess. itulah salah satu BENEFIT student card :D CONTENGAN OFF 

Hmm, next..maybe aku nak pegi tengok THE ROOMATE :D filem phsyco rasanyaa!!! 
ohyea, keburukan movie marathon nih ialah punggung rasa kebas cause duduk lama sangat! membeku cause sejok gilaaa!! kadang2 akan terlelappp jika scene mbosankan! HAHA :D

Tuesday, April 19

Choosen


UiTM jem gilo!!! Nih suma coz dak2 yg datang untuk interview. Tadi aku gi fakulti.pergh memang ramai laaa yang dtg interview! !! mesti pening lecturer2 aku nak pilih…cause semua nampak hebat2…macam2 gaya!! Dah macam fashion show! HEHE. Ada tuh siap practice…bawa newspaper segala.. ehhh silap!! Sekarangg main baca news kat IPHONE, IPAD sajo! HAHA.  Hmm teringat time aku di interview dulu… yes aku paham perasaan dak2 junior aku nih! Memang laa sangat nervousss kan.. yeala orang yang nak interview ko tuh PROFFESOR!!! Huhu. Time tu baru lepas SPM..fikiran pun tak matang lagiii. HUHU.
Oh yeah, actually time aku pergi interview Mass Comm tuh, aku sebenarnya takde preparation pun!! Cause, ingat lagi aku dapat surat offer pergi interview tuh sehari b4 interview… Hmm, mula2 aku cam nak tak nak pergi interview, cause time tu harapan aku tersangat la tinggi nak tunggu offer SAINS MARIN!!! HUHU. Tapi, kakak aku suruh pergi jee…. Then, aku pergi untuk get some experience kann… Actually aku sangat nervous! Cause, mula2 aku pun tak paham sangat apa tuh  MASS COMM!!!HAHA.
Interview tuh start pukul 8.30 pagi!! Time tu aku interview kat UiTM sabah! Dah la jauh dari umah aku. Then aku terbangun lambat pulakkk!! DEMMIT… anxiety aku pun semakin bertambah! Dah la lambat tempat interview pun aku tak tau!! Seriously aku kelam kabuttt. Finally, aku Nampak sign board “TEMU DUGA MASSCOMM” Alhamdulillah!!!! Tau takkkk…actually, dah start dah pun!!! Interview nih ada DUA SESI, first interview bertulis and second oral interview. Aku masuk je dewan..perghh ramainya manusia! Adalah dalam 60orang!!! Semua time tuh khusyuk menulisss…. Actually, kami disuruh untuk karang satu essay tentang diri and kenapa memilih masscomm..if I’m not mistaken.lebih kuranglaa.. essay tuh in English yee.. Aku pun tulis je laaa…entah apa2 aku dok merepek!! HAHA.
Then, after tu kami ada oral interview!!! Nih yg aku nervoussss.. Perghh, Aku tengok semua mereka2 yang datang nih tengah busy baca newspaper!!! Yang aku nih entah nak baca apa…langsung tak bawa newspaper… HUHU. Nasib baik la semalam aku tengok BULETIN UTAMA!! Current issues tu aku tahu la jugaa.. Hah finally sampai la giliran aku!! Masuk je bilik interview tuh.. ada dua orang lecturer…. Seorang tuh dah jadi lecturer aku sekarang nih! HEHE. Hmm soalan2 cam besala, what is masscomm? Why are you choose masscomm ?  then soalan current issues… tapi ada satu soalan nih!! Lecturer tu Tanya who is the president of Polland? DEMMIT!! Aku tak tau! Pastu aku dengan confident je ckp TONY BLAIR.HAHAHA. itulah nama yang terlintas kat kepala hotak aku! Lecturer tu ckp lagi are you sure?? Dengan confident aku cakap YES, I’M SURE!!!
Keluar je dari bilik tuh!!! Aku rasa malu gilerrr.. seriously aku tak confident yang aku dapat interview tuh!!! Then after 2weeks aku rasaa.. kakak aku cakap yg result interview dah kuar, hmm malas nak tengok.. cause, aku rasa tak dapat..yeala dah la ramai yang datang interview.. semua hebat2 lak tuh dengan bawa newspaper bagai!!!! Then aku bukaaa je website UiTM tuh!!!
TAHNIAH, ANDA BERJAYA.. blab la blaaaa
Wahhhhh……seriously terkejotttttt!! HAHA.  Disebabkan takde rezeki kat SAINS MARIN.. so, aku terima offer DIPLOMA IN MASS COMM!! HAHA. Dah la time tuh kat UiTM Melaka!!! Pergh terkial2 juga aku dulu time mula2 sampai kat MELAKA!!  Hmm rupanya lecturer aku cakap time interview tuhh dia tak kisah sangat jawapan ko tuh betul or tak! Cause dia just tengok the way you speak… yang penting engko CONFIDENT!!!! Macam jawab TONY BLAIR! Even salah tapi CONFIDENT!HAHA. Then aku rasa lucky la, cause yang aku dapat tahu daripada 60 orang yang datang interview tuh.. hanya 5orang je yang diterima.
Oh yeah… actually, before nih masscomm bukan la pilihanku.. tapi aku rasa TUHAN tu adil.. maybe ini lah terbaik untuk aku :D Alhamdulillah.. setiap semester result aku sentiasa boleh membanggakan diri aku. Bukan riak… tapi maksud aku xdela result terok!!!! Hehe. Hmmm aku tak kisah pun if before nih ada yang bisikan-bisikan setan yang cakap “alahhh masscomm jee… dak masscomm senang score coz bukan susah pun”!! amboihhh.. suka-suki dia cakap camtuh.. dia tak tauu kami kena perah otak, cari idea utk asgmnt2 yang bertimbun2! Dia tak tau dak masscomm kena menghadap lecturer yang mulut macammmm tutttttt… tapi hati baik. Lecturer aku saja nak train kami dengan makian2 cause kat REAL WORLD macam2 perangai producer yang aku kena hadap nnti!!!!! HUHHUHU
Seriuosly, masa berlalu sangat cepattttt. Now, aku dah habesss DEGREE!!! Actually x habes sangat laa.cause ada INTRERNSHIP lagi!!! HEHE. :D


gigih aku menconteng! saja nak luahkan perasaan.. cause teringat memori dulu2!!! HAHA. rindu.rindu

Monday, April 18

andai si lelaki tahu...

pic ni amik dr tumblr

andai lelaki tahu...
apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat sahaja pasangan yang baru  bercinta, mereka jarang bergaduh. tetapi percayalah  semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.
andai lelaki tahu...
apabila seseorang perempuan itu membebel, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
andai lelaki tahu...
seorang perempuan itu berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan kamu.
andai lelaki tahu..
apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan kamu itu bukan bermakna  dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. naluri keibuannya kuat. dia hanya  mahukan yang terbaik untuk kamu.
 andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..
andai lelaki tahu..
apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.
andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
 andai lelaki tahu..
apabila perempuan itu berkata "tolong tinggalkan saya". dia tidak bermaksud menyuruh kamu pergi selamanya. dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai kamu. perempuan memang sukar mengawal perasaan. dia terlalu emosional. tapi dialah yang paling menyayangi kamo dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu

Sememangnya, perempuan ni dilahirkan sangat complicated untuk difahami.. padahal aku rasa lelaki pun susah difahami! HAHA. wahai si lelaki sila fahami si wanita. Sekadar untuk berkongsi :D

Sunday, April 17

bieber's haircut style.

Omaigod! bieber fever sangat! HAHA. Since dua hari aku merayau nih.. memang selalu nampak iklan nih! 1st time aku nampak kat billboard highway nak ke kl tuh..perghh terkejottt aku! besarrr sangattt..seriously tergelak cause tengok simcard tu pakai rambut Justin Bieber! HEHE. Yealaa, si JB ni nak datang malaysia kan this aprill.. then tune talk nih sponsor that event. baguslaaa publicity department cause wat advertisment secara havoc! :P Terbeliak la mata aku! HAHA yea dan aku sedar JB fever especially budak2 sekolahhhh :D aku tak minat JB nihh...tapi aku tak benci dia oke.. he's a great talent laa.. teringat adik my friend nih, tersangat laaa fanatik dengan JB nih sampai rambut tuu cut ala JB!! then dress up pun nak nampak ala2 JB.. yeaaa feeling habes budak tuh! HAHA. Haruslahh dia beli tiket ke concert JB tuh... aku rasa semua lagu JB tu dia hafal!!  pergh hebat JB nih kan!! 

Blogging off. 

Oh sunday, steamboat again!

Seafood :D
Dating.
Excited
Kebulur 
melantak
dessert
Seriously, have fun sangat...kenyangg gilerrr...penatttttt!! yes, hari nih baru dapat rasa hari sunday sebenar! if, before nih... sunday aku dok berchenta & spend time dengan assignment!! HUHU. Loser kan aku!!! maklum laa... broadcasting!! busy sangattt..shooting n editing! arghh. tak mau citer pasal asgmnt! duhhh boringggg! tadi, seharian aku berjalan!yes berjalan dengan my girlfreng n my boyfreng :D  pegi central market, watching movie kat times square, jalan kat bukit bintang, then melantak steamboat di FLAMING!!!HAHA.again..again..Steamboattt. my favourite laaa selain satay! seriously sedap makan  steamboat... dah la kat flaming nih bole makan sampai puas!! memang macam2 aku amik :P HEHE. Last2 tak dapat habeskannn.. terok betolkan!!! Dah tu kami amik ice cream pulakkk.. Heaven giler! tapi memang merah laa muka aku n berpeluh2!! Terbaek laa makan steamboat kat flaming if dibandingkan dengan Johnnys and seoul garden. kat sini just RM22.90. oh yeah, dah naik harga! before nih RM20 something jee. tapi its okee...puas kot makan..suka hati la nak amik berape byk! sampai laa perot hang pa  mampuuu..HAHA. Penat la nak tido! :D Nite

sedang menunggu ajakan untuk makan steamboat lagi!!! or satay :P HAHA

Friday, April 15

STEAMBOAT!!!


Yeah. Melantak steamboat dengan dak2 classmateku!! Actually, 1st time makan kat restaurant Johnny's nih.. before nih, pernah terasa nak makan kat sini.Tapi orang kata if nak makan sini, ramai2 la baru BEST!!! so, after segala assignment dah settle! Kami pun melantak kat sinii..seriously sedapp!Pergh lama dah aku tak makan steamboat..selalu aku makan kat Flaming, Sunway tuhh.. Tapi if kat Flaming yang best tu pay RM20 then bole makan sesuka hati! sampai muntah!HAHAH. kat Johnny's nih ade package juga. tapi tak la seBEST Flaming  :D Apa2 pun tak kesah laa! yang penting perot aku kenyang and have fun makan kat sini... HEHE. 

Blogging off.. Nak sambung packing barang!!! oh yeah, banyak planning nak wat...nak berjalan2 before balik cuti :D

Wednesday, April 13

DEMAM FINAL EXAM

Demam.
EXAMINATION SLIP KU
TIKET FLIGHT. Please mana2 sugar daddy belikan aku tiket!

Oke. this week adalah my last class untuk semester nih!!!!! HUHU.  akan rindu dengan class aku yang kat menara level 13!! HAHA. T_T  Oh yeah, aku ada 2minggu gap before final exam! HUHU. It will be on 5 and 9 May!!! yeah, dua paper jee semester nih! :D Alhamdulillah assignment dah settle.  dak classmate aku kata aku nih over giler cause balik time gap b4 exam! weyh 2weeks tu lama la!! kesian kat aku dok umah sewa sorang2. suma housemate aku balik! Actually, aku balik pun cause aku nak lepak puas2 kat sabah! kemungkinan besar aku start internship bulan june dan kemungkinan juga aku tak balik rayaaaaaaa!!! T_T so sesiapa yang baik hati.ajak la aku beraya kat rumah korang! HAHA. dah laa malas nak conteng nanti nangis lak! HAHA. 

SELAMAT MENJAWAB!!!!!! :P

Friday, April 8

ini kisah Passport

Sejam sahaja,

Passport saya dah siap!! Jom jalannnnnn! HAHA. Disebabkan lemas di dalam bilik, kebosanan dan desakan mak aku supaya pegi wat passport. Mak aku asyik dok membebel2 tiap kali call aku. Yeala duit utk passport dah lama dia bank in since awal bln feb lagi! duit tu pun dah terguna untuk benda lain!HAHA. Tiket flight dah beli tapi passport takde! gilaa kan aku... So, aku pun gigihkan diri pergi PKNS, Shah Alam. Actually, aku tak suka nak tunggu2.. tu yang aku malas nak buat! before nih dah banyak kali aku batalkan nak buat passport cause ramai sangat orang! ntah ramai sangat org malaysia nak jalan gi oversea! HOHO. Actually, buat passport takdela lama.Sejam je pun!! HEHE. aku just renew je. cause before nih memang dah ada passport tapi expired! Oh yea, sementara tunggu passport tu, aku gi secret resepi sacc mall! HAHA. sempat aku makan satu slice cake indulgence! NYUMMM. Oh yea, seriously tak sabar nak cuti semester! :)

Thursday, April 7

EH, MU AND CHELSEA.

Goallllllll!!!! glory glory MU!!

Manchester United
yeah! pagi semalam aku gi tengok match MU vs CHELSEA kat kedai mamak hakim seksyen7! semangat giler aku! sampai sanggup tak tido.cause takot terOVERSLEPT!HAHAHA. Actually excited giler nak tgk match MU vs CHE nih, off course la aku support team aku kan! MU! cehhh cam la aku main kan!HAHA. Then, lagi aku excited nak tengok cause my bestfriend support CHELSEA and aku pulak MU. So???  haruslah tengok sama! HAHA. Even kami bestfriend tapi dia support CHELSEA and aku MU! before nih mati2 bestfriend aku nih hasut aku support CHELSEA! tapi aku setia dengan MU since sekolah menengah lagi!HAHA. Tapi pagi semalam memang meriah habes ar! Mostly budak laki ar yang banyak kan! siap pakai baju jersey tuh! Semangatttt.... Padahal esok ada yang ada Final Test kannn!! HAHA. Tapi kan kan..Nasib laa kami datang awal, so adalah seat. If lambat aku x dapat la tengok DEPAN SCREEN BESAR!!!!! HAHAHA. Yeala baru la feeling kan!!! aah, pagi tu juga Mamak kat kedai Hakim nih tak menang tangan amik order!!! HAHA. After match tuh, aku balik rumah je... wah housemate aku masih berjaga!!! dalam hati aku rajinnya mereka nih stay up! sekali tengokk..hampeh tengah berSKYPE dengan boyfriend!!! Arghh malas kacau orang tengah dating.. masuk bilik terus pengsan atas tilam aku! rindu..rindu..rindu tilammmmmm..... :)
CHELSEA VS MU


Wednesday, April 6

hang out!










It's me. kesian amik pic sendiri!
My mom n my sister! bulan mac arituh mereka mlawat aku kat shah alam nih! HAHA. Oh yea sorry kakak..cause baru dapat masukkan picture.. adik kamo ni terlampau busy! :P
Excited nak bercuti next month!!!! may nih saya balikkkkk.wee cuti semester 

Oh mata panda!!

“Dark circles are a very common skin problem, which is troubling every second person in today's stressful lifestyle”

junior: kak wana, teroknya mata!!! 
Me: HAH!!! Yea dah macam panda kan! Sekarang kan trend mata panda kat fakulti kita nih! HAHA
DEMMIT!!! Eyebag..eyebag.. seriously aku tak suka eyebag nih. Tapi aku tau panda akan merasa bangga cause matanya dijadikan trend oleh student time2 nak final exam! HAHA. Oh yeah dah 3hari aku tak dapat tido yang PERFECT! Semalam stay up cause wat revision, as usually aku study last minute. Aku tau study last minute tak elok tapi ntah aku dah terBIASA. So, esok aku bercadang nak beli timun cause nak wat treatment kat mata aku nih! HAHA. Then, aku nak tido tido tido secukup2nya malam nih! Padahal kul 2pagi nih aku nak gi tgk MU vs Chelsea kan!HAHA. wajib la tengok Manchester united! :P Takpela, esok aku takde class. So, esok bole tido sampai lebam! Blogging off…..
glory..glory MU!!! :)

Monday, April 4

COUNTDOWN.


COUNTDOWN!!!

Past year paper :)
Okey. Alhamdulillah cause assignment2 aku dah siap!!! Presentation dah settle. 1st  final test aku iaitu subject TV directing pun dah terjawab! HEHE..  Sekarang nih kurang la bebanan otak aku nih hah! Kalau tak time2 hang out ngan kawan2 mesti ada khayalan si assignment nih datang! HAHAHA. Psycho! Oh yea… 2nd final test aku ialahhhh subject NIHONGO lorrr rabu nih!!!  Kali nih written test.. bukan listening test..bukan speaking test..bukan reading test!!! aah memang nihongo aku nih banyak sangat test. DAH STUDY?? Hmmm sedang study. Hari2 menghafal kotoba je kejo aku nih! Aku just wat latihan past year je. Oh yea, nih adalah last class and test nihongo aku dah! Sedih ohhh.. pasnih study nihongo sendiri2 jee..Time class je aku dapat bercommunicate dlm nihongo. HUHU  wah rindu dengan sensei aku! Rindu dengan dak2 classmate aku yang selalu dok membebel bahasa KARTUN! HAHA. Yess.. kami selalu guna bahasa Naruto, Doremon, canon, K-ON, suma tuh! Kami kan feeling2 nihon-jin if dalam class nih.HAHA.Tu yang sensei aku selalu dok membebel! “Haih lain aku ajaq lain hang pa cakap, hang pi la jawab lagu tuh kat paper aku memang aku bagi hang pa kosong!" HAHA..kelakar giler! Sensei aku nih orang kedah. Jarang giler dia cakap kedah.selalu cakap jepang n omputih je. Tapi dok bengang ngan kami yang asyik cakap bahasa KARTUN nihh. Terus terkeluaq bahasa kedah dia!HAHAHA. Oh yeaa, pasnih takde la nyanyi lagu doremon dahh.. HUHU. Seriously, aku enjoy class nihongo aku!!! Aku rasa class nih laa aku tak pernah ponteng.. Wahhh rajinnya aku!!! HAHA. Yealaa, if tak datang class.. nanti aku BLUR!! Cause terskip lesson minggu tu.
research academic writing! 
Oh yeah, Aku juga kena siapkan academic writing aku!! Khamis nih dah kena submit.. sekarang nih aku just analyze finding! Tak sabar aku nak print.HAHA. Nie lah last assignment aku! Dah siap nih..maksudnya aku dah start STUDY WEEK!!!!!!!!!!!!  Tak yah seronoh sangat la wanah oii.. aku tak cuti semester lagi laa…aku start FINAL EXAM 5hb may. Aku just ada dua paper je sem nih. 5hb and 9hb may! Dah tuh FREEDOMMM…Dah bole balikkk arrr.  Tapi kannn agak BOSAN juga laa cause gap panjang sangat! Lama sangat aku nak tunggu FINAL EXAM tuh! Hmm tapi aku dengan dak classmate aku dah plan dah before habis semester kami nak gi lawat STUDIO RADIO, STUDIO TV, STUDIO EDITING…Cause tempat2 nih la cam rumah kedua kami!! Aku rasa aku banyak spend time kat studio. Ingat lagi, last semester aku pernah tidor kat studio tv n bilik editing. Sebab nak siapkan VT and props. Kejo gilaaa betol! Pastu esok test teros masuk class dengan tak mandi cause dah tak sempat! Giler comotttt! Standard la tuhhh.. HAHAHA. Benda2 camni laa yang aku akan rindu nanti!  Omaigod, Dah laa.penat tangan aku menconteng!! Aku nak analyze finding jap.
 Footnote:  wish me luck untuk final test n final exam! Ohyeaa start bulan nih aku akan menabung!!! HEHEHE. Sebabb...adalahhhhhhhh :P